Ko Wa Lone (kiri) dan Ko Kyaw Soe oo akan didakwa di mahkamah Myanmar dibawah Akta Rahsia Rasmi atas kesalahan mencabul kedaulatan negara itu.

YANGON – Presiden Myanmar Htin Kyaw, sekutu rapat dengan pemimpin Aung San Suu Kyi membenarkan polis untuk meneruskan kes pendakwaan ke atas dua wartawan Reuters yang ditahan atas dakwaan mencabul Akta Rahsia Rasmi di negara itu.

Juurucakap kanan kerajaan itu mengesahkan perkara itu kepada Reuters hari ini.

Ko Wa Lone, 31, dan Ko Kyaw Soe Oo, 27 ditahan polis Myanmar pada petang Selasa minggu lepas setelah mereka dijemput untuk bermakan malam bersama pegawai polis di pinggir bandar terbesar Yangon.

“Kementerian Dalam Negeri sudah menyerahkan kes berkenaan kepada Pejabat Presiden Myanmar,” kata jurucakap Suu Kyi menerusi telefon pada Ahad lalu.

Malah jurucakap itu menambah, dalam kes berkenaan, presiden telah memberi kelulusan untuk meneruskan dakwaan ke atas dua wartawan agensi antarabangsa itu.

Zaw Htay tidak dapat dihubungi pada Isnin untuk mendapatkan pengesahan sama ada Htin Kyaw atau Suu Kyi telah terlibat secara peribadi dalam pengambilan keputusan itu, atau mana-mana pihak menandatangani sebagai mewakili presiden.

Suu Kyhi yag merupakan Presiden Parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) disekat daripada presiden dibaweah Perlembagaan yang ditulis oleh tentera kerajaan itu, tetapi dia mentadbir negara atas peranan sebagai ‘State Counselor’.

Kelulusan Presiden Myanmar diperlukan sebelum prosiding mahkamah dimulakan dalam kes dibawah Seksyen 13 Akta Rahsia Rasmi.

Beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Britain, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, Ketua Editor Reuters, Stephen J. Adler, kumpulan hak asasi manusia dan gerakan wartawan mengkritik penahanan dua wartawan itu sebagai pencabulan kebebasan media dan mahu Myanmar membebaskan mereka.

Zaw Htay berkata hak undang-undang kedua-dua wartawan itu dihormati.

“Kedua-dua wartawan anda dilindungi dibawah perintah undang-undang.

“Apa yang saya boleh katakan buat masa ini ialah kerajaan boleh menjamin undang-undang.,” tegasnya lagi.

Namun dua pemimpin kanan di parti NLD mengkritik pada Isnin mengenai layanan yang diberikan terhadap dua wartawan itu.

Salah seorang Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat NLD, Nyan Win berkata, tidak adil ahli keluarga Wa Lone dan Kyaw Soe Oo tidak dibenarkan menghubungi mereka atau dimaklumkan mengenai penahanan mereka. – MalaysiaGazette