Pemain pasukan merah, Hafizul Jaswri dikawal ketat oleh seorang pasukan lawan dalam perlawanan persahabatan Pusat Pengajian Hayatul Uloom Felcra Semungkis sempena cuti sekolah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Mini Stadium Pekan Batu 14, Hulu Langat, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 11 DISEMBER 2017.

KUALA LUMPUR – Pelajar tahfiz akan didedahkan dengan bidang perniagaan menerusi Skim Latihan Kemahiran Giat Mara, kata Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi.

Menurutnya, ia merupakan salah satu program dalam skim latihan itu yang dikenali sebagai Skills To Tahfiz melibatkan aspek kemahiran, keusahawanan dan geran alatan bagi menjana pendapatan.

“Program ini dilaksanakan di antara enam hingga 12 bulan bergantung kepada kursus dan bidang perniagaan pilihan.

“Peserta akan dianugerahkan Sijil Program dan geran alatan bagi memulakan aktiviti perniagaan,” katanya menjawab soalan Senator Rahemah Idris ketika persidangan Dewan Negara hari ini.

Antara kursus yang ditawarkan adalah teknologi motosikal, masakan dan pramusaji, gunting rambut, teknologi automotif, penyejukbekuan dan lain-lain yang bersesuaian.

Katanya lagi, skim latihan khusus untuk pelajar tahfiz ini secara umumnya terbahagi kepada dua program jangka pendek iaitu Skil Latihan 1 Tahfiz dan Rakan Kemahiran Giatmara -Tahfiz.

Manakala selebihnya untuk jangka masa panjang iaitu latihan vokasional selain Skills To Tahfiz.

Melalui pembentangan Bajet 2018, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan pengenalan Skim Latihan Kemahiran GiatMara bagi melatih pelajar sekolah tahfiz. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast