MANCHESTER – Manchester United bersedia menyaingi Real Madrid dalam untuk menandatangani pemain Chelsea, Eden Hazard.
Hazard pernah menjadi anak didik pengurus United, Jose Mourinho di Chelsea selepas mereka menjulang gelaran Liga Perdana bersama pada musim 2014-15.
Akhbar The Sun melaporkan United boleh membida sehingga £90 juta untuk pertemuan semula Hazard dengan bekas pengurusnya musim depan.
Pemain kebangsaan Belgium itu masih mempunyai baki kontrak selama dua tahun setengah bersama The Blues.
Namun dia menolak untuk memperbaharui kontraknya di Stamford Bridge dengan dijanjikan tawaran lumayan 300,000 pound sterling seminggu.
Hazard menyertai Chelsea dari Lille pada 2012 dan pernah bekerjasama dengan Mourinho selama dua setengah musim.
Pemain berusia 26 tahun itu pernah bertelagah dengan Mourinho sebelum pengendali Portugal tersebut dipecat pada Disember 2015. – MalaysiaGazette