KUALA LUMPUR – Malaysia dan Singapura membuka tender bersama bagi mendapatkan sebuah syarikat aset (AssetCo) untuk projek Kereta Api Laju (HSR) Kuala Lumpur- Singapura.
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh MyHSR Corporation dan SG HSR Pte Ltd., pembida boleh menghantar kertas cadangan masing-masing sehingga 29 Jun 2018.
“Satu taklimat tender akan diadakan di Kuala Lumpur pada 23 Januari nanti.
“Melalui proses pemerolehan yang terbuka, adil dan telus, MyHSR Corp. dan SG HSR berharap boleh memilih pembida berkelayakan menjelang hujung tahun depan,” katanya.
Kesemua tender perlu dinilai daripada segi penyelesaian teknikal, nilai komersial, tahap kewangan dan harga.
AssetCo akan bertanggung jawab untuk mereka, membangun, membiaya, menyelenggara semua tren serta aset rel seperti landasan, tenaga, isyarat dan telekomunikasi.
AssetCo juga perlu melakukan koordinasi rangkaian sistem bagi keperluan operasi dan penyelenggaraan.-MalaysiaGazette