Home Dunia Jumlah banduan Mexico turun

Jumlah banduan Mexico turun

Keadaan Penjara Topo Chico yang menempatkan banduan wanita Monterrey, Mexico. foto Reuters

MEXICO CITY – Jumlah banduan Mexico susut sebanyak lima kali ganda daripada kemuncak pada tahun 2014 selepas hanya sejumlah kecil yang dipenjarakan di bawah sistem keadilan jenayah baru.

Bilangan banduan yang dipenjarakan susut 19.8 peratus berbanding 258,563 pada September 2014, menurut Suruhanjaya Keselamatan Kebangsaan (CNS).

Ia bermakna buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun jumlah katil lebih banyak berbanding banduan.

Penurunan populasi penjara bertepatan dengan peningkatan dalam kes pembunuhan.

Ahli-ahli politik telah mengaitkan jenayah yang semakin meningkat berikutan pembaharuan tahun 2008 yang disokong Amerika Syarikat yang memperkenalkan sistem legasi moden dan melambatkan sistem keadilan.

Sistem itu terpakai di kebanyakan negeri menjelang 2014 dan telah berkuatkuasa dari pertengahan 2016.

Pembaharuan tahun 2008 meminda sistem keadilan dengan perbicaraan atau prosiding undang-undang, yang mana pihak-pihak dalam pertikaian mempunyai tanggungjawab untuk mencari dan mengemukakan bukti.

Malah pakar-pakar keadilan yang menyokong pembaharuan itu mengatakan polis dan pendakwa sedang berjuang untuk menutup kes-kes kecil kerana kekurangan latihan dalam sistem baru di seluruh negara.

“Mereka mempunyai tempoh lapan tahun untuk melakukan pembaharuan dan mereka tidak melakukannya,” kata Maria Novoa, seorang pakar kehakiman jenayah yang menyifatkan negara itu tidak memiliki institusi atau individu yang terlatih.

Ia secara radikal mengubah peranan polis dan pendakwa, dengan memberikan tanggungjawab polis yang lebih besar.

Sistem baru itu juga menghadkan tahanan pra-perbicaraan, menamatkan amalan memenjara tertuduh selama bertahun-tahun tanpa perbicaraan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast