KUALA LUMPUR – Ketika Pakatan Harapan (PH) memilih Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri sekiranya memenangi PRU-14 namun masih ada yang tidak setuju dalam diam-diam.

Nampaknya ada cubaan pihak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang ‘menggunakan’ akhbar Selangorkini milik kerajaan negeri sebagai medium menonjolkan Timbalan Presiden PKR itu dengan laporan beliau yang layak untuk menduduki kerusi orang nombor satu itu.

Meskipun kenyataan itu bukan dibuat olehnya tetapi berita yang dimuat pada muka dua akhbar mingguan itu sudah nampak apa makna yang tersirat.

Akhbar yang diberikan secara percuma di tempat awam termasuk masjid-masjid di Selangor terutama ketika solat Jumaat itu memaparkan artikel yang bertajuk ‘Prestasi Azmin Sukar Ditandingi’ dan “Layak Duduki Kerusi Perdana Menteri’ sudah cukup membawa mesej sebenar.

Artikel yang merujuk kepada Azmin itu terang-terangan mahu menunjukkan kepada umum Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu mempunyai keupayaan untuk menerajui Putrajaya sekiranya PH menang.

Dengan memberikan contoh pengalaman dan kegigihan Azmin mentadbir Selangor selama dua penggal, artikel tersebut seolah-olah memberi gambaran Ahli Parlimen Gombak itu pilihan yang tepat.

Kalau ‘dibaca’ dengan keadaan politik sekarang seolah-olah pihak Mohamed Azmin menafikan pemilihan Mahathir dan juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail oleh pimpinan pakatan pembangkang sebelum ini.

Dalam pada itu, dalam artikel itu turut ditulis UMNO dan Barisan Nasional tidak mungkin akan dapat merampas kembali Selangor selepas rekod kecemerlangan pentadbiran negeri itu dipegang oleh Mohamed Azmin.

Selain Mohamed Azmin, Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar juga dilihat tidak berapa gemar Mahathir dipilih sebagai Perdana Menteri jika pembangkang menang PRU-14.- MalaysiaGazette

Nurul Izzah enggan ulas Tun M calon PM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Comments are closed.