Kereta BMW putih yang digunakan dalam pembunuhan seorang ahli kongsi gelap di sebuah stesen minyak ditemui ditinggalkan di ladang kelapa sawit Air Baloi, Pontian, Johor.

JOHOR BAHRU – Kereta BMW putih yang digunakan dalam kejadian pembunuhan seorang ahli kongsi gelap di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi pada 17 Disember lalu, ditemui semalam.

Kereta itu ditemui ditinggalkan di sebuah kawasan ladang kelapa sawit di Air Baloi, Pontian oleh orang awam pada 3 petang sebelum memaklumkan kepada polis.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, kereta BMW putih merupakan salah satu daripada dua ‘senjata’ yang digunakan dalam pembunuhan tersebut.

“Kereta tersebut ditemui tanpa nombor plat pendaftaran,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Beliau berkata, polis juga sudah melepaskan empat daripada 15 suspek yang ditahan bagi membantu siasatan sebelum ini.

Tambahnya, polis sedang giat memburu tiga suspek lagi berhubung kes pembunuhan itu.

Pada 17 Disember lalu, seorang ahli kongsi gelap berusia 44 tahun mati ditikam dan dilanggar sekumpulan empat lelaki menggunakan sebuah kereta di sebuah stesen minyak di Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi, di sini.

Kejadian berlaku kira-kira 7.30 malam ketika mangsa bersama-sama seorang wanita warga asing berusia 20-an yang dipercayai isterinya sedang mengisi angin tayar kereta di stesen berkenaan.

Polis turut mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat tikaman – stab wound to the heart, hasil bedah siasat dijalankan pihak Hospital Sultanah Aminah (HSA). – MalaysiaGazette.

Lelaki maut dipukul, ditikam sebelum digilis

 

Comments are closed.