KUALA LUMPUR – Mufti Wilayah Persekutuan mahu berjumpa dengan pelakon, Iqram Dinzly yang video peliknya tular di media sosial baru-baru ini.
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menjemput Iqram ke pejabatnya di Putrajaya dan sedia menawarkan bantuan yang diperlukan.
“Mungkin ada sisi-sisi tertentu yang boleh kami usahakan untuk bantuan dan sokongan,” katanya dalam surat terbuka kepada pelakon itu hari ini.
Zulkifli juga mengucapkan takziah atas pemergian bapa Iqram, Allahyarham Muhammad Saipuddin Ahmad Said baru-baru ini.
“Kami percaya, saudara Iqram dan mama, amat tabah menghadapi ujian ini. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Iqram sekeluarga.
“Kami juga yakin, Iqram mampu menjaga mama dengan sebaiknya setelah pemergian papa yang dikasihi,” ujarnya sambil menambah pihaknya mengambil sikap berkecuali dalam soal video Iqram yang berlegar di media sosial sejak kebelakangan ini.
Dalam masa yang sama, menurut Zulkifli, pihaknya mengambil maklum akan cemuhan dan kata-kata kasar daripada netizen terhadap Iqram.
“Dalam pada itu, kami nasihatkan saudara supaya mendekati al-Qur’an, begitu juga zikir-zikir. Kami ada menonton beberapa LV (live video) saudara yang menunjukkan saudara adalah seorang yang melazimi zikir.
“Itu adalah hal yang amat baik kerana hanya dengan mengingati Allah SWT, jiwa akan menjadi tenang,” kata Zulkifli lagi.- MalaysiaGazette
Apa sudah jadi dengan Iqram Dinzly
Comments are closed.