KUALA LUMPUR – Bina Darulaman Berhad (BDB) mahu kerajaan mencontohi Singapura dalam usaha menangani isu perumahan mampu milik di negara ini.
Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Datuk Izham Yusoff berkata, langkah berani perlu diambil seperti Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di republik berkenaan.
“Isu perumahan ini besar, bukan sahaja di Kedah, tetapi di seluruh negara. Perumahan mampu milik sentiasa menjadi isu,” kata beliau ketika berucap pada BDB Media Night KL di sini malam ini.
HDB ialah lembaga berkanun Kementerian Pembangunan Negara Singapura yang bertanggungjawab bagi perumahan awam di republik itu.
Sementara, dalam ucapannya, Izham berkata BDB sebagai pemaju yang berpusat di Kedah, pihaknya cuba membantu untuk mengurangkan kos hartanahnya melalui penggunaan teknologi Sistem Bangunan Berindustri (IBS).- MalaysiaGazette