Home Nasional Kerajaan peruntuk RM55 juta bina jambatan Sungai Kelantan

Kerajaan peruntuk RM55 juta bina jambatan Sungai Kelantan

JELI – Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM55 juta untuk membina jambatan bagi menyeberangi Sungai Kelantan.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Datuk Aziz Derahsid, jambatan yang bakal menghubungkan Kampung Pangkalan Feri Pasir Kelang dengan Kampung Pasir Era itu mengakhiri penantian lebih 2,000 penduduk di sekitar Wilayah Kerai sejak 40 tahun.

“Kampung yang akan mendapat manfaat hasil pembinaan jambatan itu, termasuk Kampung Pasir Kelang, Taku, Buyong, Sungai Taku, Taku Estet dan Pasir Kelang Baru.

“Sejak sekian lama penduduk terpaksa menggunakan perkhidmatan feri kecil dan bot gentian kaca bagi menyeberangi sungai berkenaan ke pekan berhampiran,” katanya selepas sesi perjumpaan bersama pemimpin masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Balah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Balah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Balah itu turut memaklumkan Kesedar dalam masa yang sama turut bercadang membina laluan baharu di kawasan itu yang menelan belanja kira-kira RM200 juta apabila siap pembinaan jambatan berkenaan.

“Bagaimanapun projek pembinaan jambatan akan dimulakan awal dan apabila siap disusuli pula pembinaan laluan baru itu,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast