ENGLAND – Arsenal membuat persiapan menawarkan kontrak lumayan kepada bintang Leicester City, Riyad Mahrez.
Laporan di Algeria berkata, bintang itu dipantau secara dekat oleh The Gunners sejak awal musim lalu dan dihubungi bekas Ketua Perunding Arsenal. Dick Law pada tahun 2016.
Arsenal sekali lagi dikaitkan dengan Mahrez pada Jun lepas namun tidak dapat memuktamadkan pembeliannya.
Mahrez setakat ini hanya menerima tawaran rasmi daripada kelab Serie A Itali, AS Roma.
“Saya tidak pasti apa yang sedang berlaku sekeliling saya,” katanya kepada Daily Mail baru-baru ini.
Mahrez telah menjaringkan empat gol dalam lapan perlawanan terakhir bersama the Foxes.- MalaysiaGazette