LONDON – Putera Harry dinasihatkan oleh pegawai kerajaan agar tidak menjemput keluarga Obama ke majlis perkahwinannya kerana tindakan itu bakal memberi suasana kurang selesa kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Harry dan tunangnya, Meghan Markle akan berkahwin pada 19 Mei depan.
Pasangan itu dilaporkan dikatakan telah memaklumkan mahu menjemput bekas Presiden AS dan isterinya Michelle hadir ke majlis tersebut.
Harry sebelum ini mempunyai hubungan rapat dengan Obama dan Michelle selepas acara Invictus Games.
Obama yang juga presiden ke-44 itu sempat menulis di Twitter menyatakan dirinya dan isteri ‘tumpang gembira’ selepas Harry dan Meghan mengumumkan pertunangan mereka.
“Semoga anda gembira dan bahagia bersama seumur hidup,” tulis Obama.
Beliau juga ditemubual oleh Harry untuk Program BBC Today di Radio 4, pada Rabu lalu.
Sebelum ini, Obama pernah membuat komen di media sosial mengenai sikap prejudis Trump terhadap wanita semasa kempen pilihan raya tahun lalu yang menimbulkan rasa tidak puas hati Meghan.
Bekas pelakon siri Suits ini melabel Presiden AS itu sebagai anti-wanita.
Sementara itu, Pejabat Luar Negeri dan pentadbiran No10 melahirakan kebimbangan jika jemputan untuk keluarga Obama hanya akan menjejaskan imej Trump.
Ini Trump itu sering sering memperlekehkan Obama dalam kenyataannya.
Pada masa sama, hubungan Theresa May dan Trump menjadi renggang selepas Perdana Menteri Britain itu mengutuk keputusan Amerika Syarikat kerana mengiktiraf bandar Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel. – MalaysiaGazette