MANCHESTER – Pengurus Jose Mourinho akan menjadikan Paul Pogba sebagai kapten tetap buat Manchester United pada musim depan.
Ini kerana Michael Carrick berkemungkinan besar bakal meninggalkan United pada penghujung musim ini.
Sebelum ini, Mourinho ada membuat tawaran kepada kapten kelab itu untuk menjadi sebahagian daripada kakitangan kejurulatihan kelab.
Bulan lalu, bekas pemain England berusia 36 tahun itu mendedahkan dia terpaksa menjalani pembedahan jantung akibat denyutan tidak sekata.
Carrick membuat penampilan pertamanya bersama West Ham United pada 1999, menyertai Tottenham Hotspur dan kemudian United pada tahun 2006.
Dia sudah bermain lebih 300 kali untuk kelab dan 34 kali bersama England. – MalaysiaGazette