Paulo Dybala. Foto Mundo Deportivo.

MANCHESTER – Manchester United serius untuk mendapatkan Pablo Dybala apabila menawarkan bidaan sebanyak 70 juta pound sterling termasuk menawarkan khidmat pemain tengahnya, Henrikh Mkhitaryan kepada Juventus.

Bintang Argentina itu menjadi sasaran utama bulan depan oleh pengurus Jose Mourinho yang terdesak untuk memperkukuhkan pasukannya.

Pemain berusia 24 tahun itu mempamerkan aksi luar biasa apabila meledak 15 gol dalam 27 penampilan bersama Juventus dalam semua perlawanan.

Juventus enggan melepaskan Dybala tetapi pemain itu mahukan cabaran baharu pada musim akan datang selain mempunyai hubungan rapat dengan Paul Pogba.

United hampir mendapatkan khidmat bintang Atletico Madrid, Antoine Griezmann pada musim panas lalu tetapi tumpuan Red Devils kini beralih kepada Dybala.

The Sun mendakwa Juventus telah menolak bidaan pertama United.

Kelab gergasi Serie A itu tidak berminat dengan tawaran membabitkan Mkhitaryan.

Mkhitaryan, 28, tidak lagi menjadi pemain pilihan Mourinho dan hanya diturunkan ketika United tewas 0-1 kepada Chelsea, 5 November lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast