KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin membuktikan umur 58 tahun bukan penghalang untuk mendapat zuriat lagi apabila isterinya, Zizie Izette selamat bersalin semalam.
Lebih manis, kegembiraan Bung Mokhtar itu berganda apabila Zizie yang juga pelakon melahirkan bayi kembar lelaki.
Berita kelahiran itu dikongsi oleh Zizie di laman sosial Instragramnya sebentar tadi.
Bung Mokhtar dan Zizie bernikah pada Disember 2009.
Awal tahun lalu, Bung Mokhtar yang juga Pengerusi Felcra menjalani pembedahan buah pinggang di luar negara. – MalaysiaGazette