Home Nasional ADUN Lepar meninggal dunia

ADUN Lepar meninggal dunia

KUANTAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar, Datuk Mohd Shohaimi Jusoh meninggal dunia di kediamannya, dekat Sungai Isap Damai 4 pagi tadi.

Difahamkan, Mohd. Shohaimi rebah di bilik air di kediamannnya di Sungai Isap di sini dan menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Allahyarham yang dikatakan menghidap penyakit kencing manis mengadu kurang sihat sejak minggu lalu.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Sungai Isap Perdana jam 11.00 pagi ini untuk solat jenazah.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Fajar, Jalan Kuantan-Gambang, selepas solat Zohor.

Allahyarham, 55 tahun mula dipilih mewakili kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lepar dalam Parlimen Paya Besar, sejak 2008.-MalaysiaGazette