KUALA LUMPUR – Kurang enam sahaja lagi pusat membeli-belah yang pertama di negara akan menamatkan operasinya namun suasana masih belum lengang.

Ramai pengunjung membanjiri Ampang Park Mall bersempena hari terakhir hari ini demi memberi laluan kepada pembinaan projek Stesen Mass Rapid Transit (MRT).

Orang ramai mendapatkan pelbagai tawaran harga murah pada hari terakhir operasi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Membeli Belah Ampang Park, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 31 DISEMBER 2017

Hasil tinjauan MalaysiaGazette mendapati banyak kedai telah tutup namun ada yang masih berniaga untuk menghabiskan stok sebelum berpindah ke lokasi lain.

Jualan-jualan penghabisan stok dilakukan di luar kedai dengan separuh harga, malah ada juga yang lebih murah daripada itu.

Pelbagai tawaran boleh didapati pada hari terakhir operasi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Membeli Belah Ampang Park, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 31 DISEMBER 2017
Orang ramai mendapatkan pelbagai tawaran harga murah pada hari terakhir operasi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Membeli Belah Ampang Park, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 31 DISEMBER 2017
Orang ramai mendapatkan pelbagai tawaran harga murah pada hari terakhir operasi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Membeli Belah Ampang Park, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 31 DISEMBER 2017

Selain mengambil kesempatan untuk membeli barang pada harga runtuh, ada pengunjung yang mahu merakamkan kenangan terakhir berkunjung di situ.

Kelihatan orang awam merakam gambar belatarbelakangkan papan tanda pada hari terakhir operasi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Membeli Belah Ampang Park, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 31 DISEMBER 2017

Pusat membeli-belah itu bertempat di persimpangan Jalan Ampang dan Jalan Tun Razak dibina pada 1973.

Ampang Park Mall juga menjadi pemangkin kepada pembukaan pusat membeli-belah negara yang masih beroperasi sehingga hari ini seperti Kompleks Pertama dan Sungei Wang di ibu kota. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.