KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional membeli 3.0 peratus kepentingan langsung dalam kumpulan GEMS Menasa Holdings Ltd. (GEMS Menasa).
Ia adalah kumpulan pendidikan yang berpangkalan di Dubai.
GEMS Menasa Cayman Ltd (GEMS) dalam makluman kepada Bursa Nasdaq Dubai berkata, Khazanah membeli kepentingan itu daripada Varkey Group yang merupakan pemilik terbesar GEMS.
Peluran itu meningkatkan kepentingan tidak langsung Khazanah dalam GEMS melalui pemilikannya dalam Fajr Capital yang menerajui pengambilalihan dalam kepentingan minoriti dalam GEMS oleh konsortium pelabur termasuk Blackstone dan Mumtalakat yang merupakan dana kekayaan berdaulat Bahrain. – MalaysiaGazette