Home Ekonomi Amazon.com jual 5 bilion barang tahun lalu

Amazon.com jual 5 bilion barang tahun lalu

SEATLES – Peruncit atas talian, Amazon.com Inc telah membuat penghantaran lebih daripada 5 bilion barangan di seluruh dunia menerusi perkhidmatan Prime berdasarkan langganannya pada 2017.

Katanya, jumlah itu menyaksikan jumlah ahlinya lebih ramai berbanding sebelumnya.

Bagaimanapun, gergasi e-dagang itu yang mendedahkan jumlah penghantaran Perdana buat kali pertama itu tidak mendedahkan perbandingan jumlah penghantaran pada tahun 2016.

Amazon mendakwa Stick Fire TV dan peranti pintar terkawal suara Echo Dot merupakan produk terlaris di Amerika Syarikat.

Amazon Prime, yang menawarkan perkhidmatan penghantaran untuk pembelian tertentu, telah menarik lebih ramai pelanggan setiap tahun.

Syarikat itu berkata, ia menghantar lebih dari 1 bilion barangan di seluruh dunia melalui Prime semasa musim cuti pada 2016.

Amazon Prime, yang memasuki pasaran pelbagai negara termasuk Mexico, Belanda, Luxembourg dan Singapura tahun lalu, kini berada di 16 negara di seluruh dunia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast