KUALA LUMPUR – Rupa-rupanya Perdana Menteri pemakan orangnya.

Ini diakui oleh Datuk Seri Najib Razak yang memberitahu beliau seorang yang suka makan dan boleh makan apa sahaja hidangan asalkan sedap dan halal.

“Dari segi pemakanan saya ada satu masalah. Sebab saya suka makan. Jadi bila suka makan, saya kena kawal sikitlah.

“Jadi kalau ada makanan sedap, saya boleh makan apa saja jenis makanan. Western ke, eastern ke, middle eastern ke, tak kiralah, asalkan ia sedap, halal,” kata Perdana Menteri yang berkongsi kehidupan hariannya dalam program Bicara 4 Mata theRakyat.

Lantaran itu, katanya, biarpun jadual hariannya cukup padat namun ia tidak membatasi masa Perdana Menteri untuk bersukan, selain berada di gimnasium.

Dengan beriadah, beliau dapat mengekalkan kesihatan fizikal, mental dan emosinya.

“Kalau ada masa lapang saya main golf juga. Dalam pada itu, saya suka tengok sukan dalam televisyen. Itu pun bagi saya dapat menenangkan fikiran saya,” katanya yang turut mengakui meskipun ada jurulatih namun kadangkala tidak dapat mengikut jadual kerana kesibukannya. – theRakyat

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Comments are closed.