LONDON – Harga minyak mencecah paras tertinggi pada pertengahan 2015 dalam dagangan awal pada hari Selasa tetapi turun semula selepas operasi saluran paip utama di Libya dan United Kingdom dimulakan semula.
Ia adalah kali pertama sejak Januari 2014 kedua-dua tanda aras minyak mentah dibuka melepasi AS$60 setong dipacu sokongan OPEC dan Rusia yang melakukan perjanjian pengurangan bekalan dalam usaha menstabilkan harga minyak.
Niaga hadapan mentah West Texas Intermediate (WTI) CLc1 ditetapkan pada AS$60.37 setong. Pada awal perdagangan WTI mencecah AS$60.74, tahap tertinggi sejak Jun 2015.
Niaga hadapan minyak Brent LCOc1, penanda aras antarabangsa, susut 0.5 peratus kepada AS$66.57 setong. Sesi tinggi sebanyak AS$ 67.29 adalah yang tertinggi sejak Mei 2015.
Lonjakan antara minyak mentah WTI. dan Brent berlaku dalam masa hampir dua minggu.
Kapasiti 450,000 setong daripada sistem paip Forties Laut Utara kembali beroperasi pada 30 Disember selepas penutupan tidak dirancang.
Pembaikan paip juga selesai pada saluran minyak Libya yang rosak dalam serangan pemberontakan.
David Thompson, Naib Presiden Eksekutif Powerhouse, broker komoditi tenaga khusus di Washington berkata, kedua-dua Brent dan WTI kekal dalam aliran menaik.
Beliau berkata, trend jangka panjang yang kukuh dengan unjuran sebanyak AS$58.95 untuk sokongan harga WTI dan AS$65.60 bagi Brent.
Namun, wujud kebimbangan kekacauan di Tehran kerana angka kematian meningkat kepada 21 daripada demonstrasi anti-kerajaan yang bermula minggu lalu.\
Iran adalah pengeluar minyak mentah ketiga terbesar OPEC. Industri minyak Iran dan sumber perkapalan mengatakan setakat ini protes yang berlaku itu tidak mempunyai kesan terhadap pengeluaran minyak atau eksport.
“Risiko geopolitik jelas kembali kepada agenda minyak mentah setelah pasaran minyak menyaksikan lebihan pada separuh kedua 2014,” kata Bjarne Schieldrop, penganalisis komoditi utama di SEB. – MalaysiaGazette