KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan agar tidak melawat ladang unta ketika menunaikan umrah di Tanah Suci.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, ia berikutan pengesahan seorang jemaah umrah Malaysia yang terkena jangkitan Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat (MERS-CoV) semasa mengerjakan umrah baru-baru ini.

“Kabinet telah dimaklumkan, ketika berada di Tanah Suci, jemaah umrah yang telah terkena jangkitan MERS-Cov ini, telah meminum susu unta mentah dan bersentuhan dengan unta ketika melawat ladang haiwan berkenaan.

“Justeru itu syarikat umrah dan jemaah umrah dinasihatkan agar mematuhi larangan lawatan ke ladang unta di Arab Saudi seperti yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sejak tahun 2015 bagi mengelakkan dijangkiti penyakit ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast