Nik Mohamed Abduh Nik Abdul Aziz
Nik Mohamed Abduh Nik Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Memilih Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri interim hanya akan menambah masalah kepada negara, kata Ahli Jawatankuasa Pusat Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Beliau mempersoalkan langkah Pakatan Harapan (PH) yang berhasrat untuk menamakan bekas perdana menteri itu sebagai calon mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti yang akan dibuat dalam konvensyen pada 7 Januari ini.

“Tetapi mereka memilih Mahathir, punca segala masalah negara dahulu, sebagai pengganti. Ini nak selesaikan masalah atau nak rayakan masalah?” soal beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Khabar angin kuat mengatakan PH bakal mengumumkan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri untuk menghadapi pilihan raya umum dalam konvensyen hujung minggu ini.

Namun pengumuman itu kini belum pasti, antaranya berikutan tiada kesepakatan antara parti komponen termasuk penggunaan istilah ‘perdana menteri sementara’. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast