LONDON – Impian Ross Barkley mewakili Chelsea tercapai apabila dia menandatangani kontrak bersama kelab itu semalam menerusi nilai perpindahan sebanyak £15 juta (RM81 juta) dari Everton.
Kontrak pemain Everton itu tamat pada akhir musim ini selepas dia enggan menandatangi kontrak baharu.
Namun pemain berusia 24 tahun itu terlepas perpindahan bernilai £35 juta (RM190 juta) ke Chelsea pada musim panas lalu.
Semalam, Barkley menandatangani kontrak selama lima setengah tahun bernilai lebih £150,000 (RM813,500) seminggu.
“Saya terharu. Saya menantikan saat ini dan sangat teruja untuk memulakannya,” katanya.
“Sukar untuk dipercayai apabila diberi peluang untuk permulaan baharu di kelab seperti Chelsea.
“Saya mahu meningkatkan lagi prestasi dan menambah lebih banyak gol dalam permainan,” tambah Barkley. – MalaysiaGazette