LONDON – Ketegangan yang berlaku antara Antonio Conte dengan Jose Mourinho bagai tiada kesudahan apabila kedua-duanya enggan menyerah kalah.

Terbaru, Conte mendakwa pengendali Manchester United itu berkelakuan seperti seorang lelaki yang sudah nyanyuk ekoran kenyataan pedas terhadap dirinya, lapor laman portal The Guardians.

Menurut laporan itu, Mourinho dilapor berkata, dia tidak perlu berkelakukan umpama badut di luar padang bagi membuktikan komitmennya terhadap United.

Bagaimanapun, kata-katanya itu dianggap sebagai ‘serangan’ terhadap Conte yang sememangnya dikenali dengan gelagat di luar padang.

Tingkah Mourinho itu ternyata memberi kesan terhadap Conte yang kemudian mengingatkan lawannya itu mengenai zaman mudanya.

Mourinho dikatakan pernah meraikan kemenangan pasukannya di luar padang ketika Porto menjuarai Liga Juara-Juara selepas menewaskan United di Old Trafford pada 2004. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast