Home Sukan Mertesacker dakwa pemain beraksi sambil lewa

Mertesacker dakwa pemain beraksi sambil lewa

Per Mertesacker. Foto: Reuters

LONDON – Pemain pertahanan Arsenal, Per Mertesacker menyalahkan kesemua rakan sepasukannya dengan mendakwa mereka bermain sambil lewa apabila tewas dengan Nottingham Forest 2-4 pada perlawanan yang berlangsung semalam.

Mertesacker menuding jari terhadap perkara itu ekoran rakan-rakan sepasukannya dilihat enggan mempertahankan kejuaraan sebelum ini, lapor laman portal metro.co.uk.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger membuat rombakan besar pada barisan kali ini daripada keputusan seri bertemu Chelsea minggu lepas, biarpun tanpa kelibat ramai pemain utama.

Namun, kekalahan tersebut memberi isyarat bahawa skuad Gunners kini berada di ambang kejatuhan.

“Anda pasti tidak nampak kami bermain untuk mempertahankan Piala FA. Melangkah ke pusingan ini bermakna ia semakin sukar.

“Anda berdepan kelab Liga Kejuaraan dan anda pastinya sudah bersedia, namun kebanyakan pemain hari ini tidak seperti itu,” katanya seperti dilaporkan sejurus tamat perlawanan.

Jaringan gol sebelum waktu rehat menerusi pemain Amerika Syarikat, Eric Lichaj dan penalti daripada Ben Brereton dan Kieran Dowell mengesahkan kemenangan ke atas Arsenal, yang kali terakhir tersingkir awal pada musim 1995 hingga 1996.

Mertesacker menyamakan kedudukan pada awalnya, namun tetap ketinggalan selepas itu kepada kelab yang menghuni tangga ke-14 Liga Kejuaraan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast