KUALA LUMPUR – Pelakon yang banyak mencetuskan kontreversi Iqram Dinzly baru-baru ini mengundang kecaman netizen apabila menyebut Nabi Muhammad SAW dengan panggilan ‘Che Mat’ ketika diwawancara dalam program Melodi di TV3 baru-baru ini.
Iqram berkata, beliau tidak berniat untuk menggunakan nama panggilan yang disifatkan sebagai memperlekehkan nabi itu, sebaliknya dia tersasul akibat kelam-kabut.
“Sebelum live di Melodi, saya menghadapi banyak masalah antaranya tayar kereta pecah dan tak dapat tidur dengan betul,” katanya.
“Jadi bila live, saya agak kelam kabut, dan tersebutlah ‘Che Mat’ tapi saya telah betulkan cepat-cepat Nabi Muhammad SAW”,” katanya.
Iqram walaubagaimanapun tidak memaksa untuk semua orang menerima permohonan maaf yang dibuatnya secara langsung dalam Facebook Sinar Harian semalam.
Terdahulu perbuatannya pelakon itu bukan sahaja dikecam netizen dalam masa yang sama mendapat perhatian Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan Pendakwah, Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary. -MalaysiaGazette