ROME – Lazio mengikat pertahanan, Martin Caceres dari Hellas Verona menerusi kontrak setahun dengan pilihan lanjutan, awal pagi tadi.
Pemain antarabangsa Uruguay yang memiliki 75 kap sebelum ini hanya beraksi setengah musim bersama kelab Inggeris, Southampton dan menyertai Verona pada Ogos lalu.
Pemain berusia 30 tahun itu beraksi bersama Juventus selama empat tahun dan pernah bermain untuk Villareal, Barcelona dan Sevilla.
Lazio kini menduduki tangga keempat dalam Serie A dengan 40 mata, dua mata di belakang Inter Milan dan 11 mata di belakang pendahulu Napoli. Lazio akan menentang Chievo Verona pada 21 Januari ini. – MalaysiaGazette