KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines Berhad akan kembali menawarkan penerbangan terus bagi laluan Kuala Lumpur-Brisbane, Australia mulai 6 Jun 2018.
Laluan itu menawarkan kekerapan empat kali seminggu pada hari Isnin, Rabu, Khamis dan Sabtu berikutan permintaan pasaran.
Malaysia Airlines berkata, tiket ke Brisbane akan dijual mulai 9 Januari ini melalui laman web www.malaysiaairlines.com.
Sempena pembukaan semula laluan itu, Malaysia Airlines menawarkan promosi tambang pergi-balik termasuk semua bagi kelas ekonomi ke Brisbane serendah RM2,009, Seoul RM1,259, Tokyo RM1,419, Auckland RM2,239 dan destinasi lain.
Tiket itu bagi tempoh perjalanan dari 16 Januari hingga 31 Mei 2018 manakala Brisbane mulai 6 Jun hingga 31 Oktober. Promosi itu berakhir 14 Januari ini. – MalaysiaGazette