Andy Murray

LONDON – Juara Grand Slam tiga kali, Andy Murray selamat menjalani pembedahan pinggul kanan di Hospital St Vincent hari ini,

Namun pemain berusia 30 tahun itu yakin dapat kembali beraksi pada saingan Wimbledon tahun ini.

Murray tidak beraksi dalam sebarang kejohanan kompetitif untuk tempoh enam bulan lalu.

Minggu lalu, dia terpaksa menarik diri daripada saingan Terbuka Australia.

“Terima kepada Dr John O’Donnell dan semua kakitangan yang menjaga saya. Sudah pasti saya tidak sabar untuk kembali ke saingan tenis secara kompetitif di gelanggang rumput musim ini.

“Terima kasih juga kepada semua yang menghantar ucapan dan menyokong saya sejak beberapa hari lalu. Saya akan kembali.” katanya kepada Reuters. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast