SINGAPURA – Harga mintak mencecah paras tertinggi sejak tahun 2014 disebabkan permintaan yang memberangsangkan.
Selain itu pengurangan pengeluaran bekalan oleh OPEC juga mendorong lonjakan harga yang dikhuatiri akan menyebabkan masalah bekalan.
Peningkatan pasaran global termasuk saham-saham juga menjana pelaburan minyak mentah.
Niaga hadapan West Texas Intermediate (WTI) didagangkan pada AS$63.40 setong pada 0100 GMT – naik AS$0.44sen atau 0.7 peratus, melebihi harga penutup.
Harga dagangan tertinggi minyak mentah pada Disember 2014 adalah AS$ 63.53 setong ketika dalam dagangan awal.
Niaga hadapan minyak mentah Brent pula pada AS$69.15 setong, meningkat AS$0.33 sen atau 0.5 peratus.
Brent mencecah harga AS$69.29 dalam dagangan lewat Selasa, yang paling kukuh sejak kenaikan antara hari pada bulan Mei 2015 dan sebelum itu pada bulan Disember 2014.
“Lanjutan perjanjian OPEC … dan penurunan inventori semuanya membantu memacu harga yang lebih tinggi,” kata William O’Loughlin, penganalisis pelaburan di Rivkin Securities Australia.
Dalam usaha untuk menaikkan harga, OPEC bersama-sama dengan Rusia dan sekumpulan pengeluar lain pada November lepas melanjutkan perjanjian potongan pengeluaran yang akan tamat pada suku pertama tahun ini kepada sepanjang tahun 2018.
Potongan itu, yang kebanyakannya mensasarkan Eropah dan Amerika Utara, bertujuan mengurangkan penawaran global yang telah melemahkan pasaran minyak sejak 2014. – MalaysiaGazette