SHANGHAI – Kapal tangki minyak Iran yang tertembung di Laut China Timur dijangka terbakar selama satu bulan, Kementerian Laut dan Perikanan Korea Selatan.
Menurutnya, kapal itu masih terbakar selepas hari keempat selepas bertembung dengan kapal kargo.
Pasukan penyelamat masih bertarung dengan angin kencang, ombak tinggi dan asap beracun untuk mencari 31 anak kapal yang hilang dan cuba memadamkan kebakaran kapal itu meskipun di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat kemungkinan kapal itu mungkin meletup atau tenggelam, kata seorang pegawai kementerian.
“Kami percaya kebakaran itu berlarutan untuk tempoh dua minggu atau sebelum mengambil kira kes-kes kebakaran kapal tangki sebelum ini,” kata kementerian itu.
Kapal tangki Sanchi yang dikendalikan oleh pengendali perkapalan minyak Iran, berlanggar pada hari Sabtu dengan kapal kargo CF Crystal yang membawa gandum dari Amerika Syarikat, kira-kira 160 batu nautika (300 kilometer) di luar pantai China berhampiran Shanghai.
Kapal tangki itu pula membawa 136,000 tan minyak mentah bersamaan kira-kira satu juta tong ultra ringan yang sangat mudah terbakar ke Korea Selatan.
Nilai minyak mentah itu kira-kira AS$60 juta. – MalaysiaGazette