Ramkarpal Singh

KUALA LUMPUR – Ramkarpal Singh mempertahankan adiknya, Sangeet Kaur Deo yang tidak bersetuju dengan pelantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri.

Menurut wakil rakyat DAP yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu, ia satu perkara biasa dan beliau sendiri satu masa dahulu juga berfikiran sama.

“Sesiapa yang ada perasaan sebegitu termasuk Sangget Kaur Deo tidak sepatutnya dihentam kerana berpandangan sedemikian kerana mereka ada hak menyatakan pendapat,” katanya dalam status media sosialnya semalam.

Sangeet sebelum ini tidak bersetuju dengan pelantikan Tun M oleh PH kerana berpendapat lebih ramai calon muda yang berkelayakan.

Malah beliau menyatakan sekiranya ayahnya, mendiang Karpal Singh massih hidup, tokoh DAP itu juga tidak akan bersetuju dengan pelantikan yang sama.- MalaysiaGazette

Bantahan anak Karpal Singh tidak beri kesan besar – Guan Eng

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast