Baihakki Khaizan. Foto Goal.com.

KUALA LUMPUR – Bekas pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Baihakki Khaizan membuat pusingan U pada saat akhir apabila menerima tawaran daripada kelab Liga Thailand, Muangthong United.

Berita itu disahkan oleh laman Twitter Singapore Football.

Pemain yang berusia 33 tahun itu telah memberi persetujuan awal untuk menyertai Kuala Lumpur dalam saingan Liga Super 2018.

Dia dijadual tiba di Kuala Lumpur hari untuk menandatangani kontrak sebelum mengubah haluannya ke Bangkok untuk mementerai perjanjian dengan Muangthong yang dijadual bertemu JDT dalam saingan playoff Liga Juara-Juara, pada 23 Januari ini.

Keputusan Baihakki itu mungkin sebabkan faktor tarikan bermain di Liga Juara-Juara.

Baihakki mempunyai 129 caps dengan skuad kebangsaan Singapura dan telah mewakili negaranya sejak berusia 20 tahun.

Minggu laly, , pertahanan berpengalaman Singapura itu dilaporkan oleh The Straits Times dalam proses perbincangan bersama kelab yang berpengkalan di Arab Saudi, Jeddah Club – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast