Voodoo adalah sejenis tradisi keagamaan mistik-animisme yang berasal dari Afrika Barat.

MANCHESTER – Penyerang Manchester United, Romelu Lukaku sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik Everton.

Ini kerana Farhad Moshiri mendakwa dia memilih untuk meninggalkan Goodison Park kerana percaya kepada mesej hasil amalan voodoo.

Voodoo adalah sejenis tradisi keagamaan mistik-animisme yang berasal dari Afrika Barat. Walaupun memiliki doktrin keagamaan tersendiri, voodoo turut dikaitkan dengan amalan syirik dan sihir menyeksa manusia melalui patung-patung.

Moshiri dipercayai berkata demikian kepada pemegang saham kelab baru-baru ini dan mendakwa Lukaku menerima mesej tersebut hasil daripada amalan voodoo yang dilakukan di Afrika.

Lukaku menyertai Manchester United dengan nilai perpindahan £75 juta pada musim panas lalu setelah menolak tawaran kontrak baru untuk kekal bersama Everton.

Wakil Lukaku melalui kenyataan kepada BBC berkata: “Keputusan penghijrahan Romelu Lukaku ke Manchester United tidak ada kaitan dengan amalan voodoo.”

Kenyataan tersebut turut berkata; “Lukaku tidak mengamalkan kepercayaan voodoo dan kenyataan ini turut bermakna Lukaku akan mempertimbangkan tindakan perundangan yang difikirkan wajar.”

BBC Sports turut melaporkan bahawa Lukaku tidak selesa dengan dakwaan oleh Moshiri tersebut.

Wakil itu turut menjelaskan pemain antarabangsa Belgium itu menolak tawaran untuk dijadikan penerima bayaran tertinggi di Everton untuk merebut peluang tampil di pertandingan peringkat setinggi mungkin.

“Romelu Lukaku ialah seorang penganut ajaran Katolik dan voodoo bukan sebahagian daripada amalan agama yang dianut oleh Lukaku.”

“Lukaku tidak mempercayai keupayaan Everton dan tidak yakin akan projek yang dibawa oleh En.Moshiri untuk hala tuju kelab berkenaan. Kerana itulah Lukaku enggan terus bersama Everton, walau apa pun jenis tawaran yang diberikan.”

“Lukaku jelas mahu pergi lebih jauh dalam karier profesional beliau, dan mahukan jaminan untuk sebelum membuat keputusan untuk pergi,” tambah kenyataan tersebut.

Pada Mac lalu ejen Lukaku, Mino Raiola mendakwa Lukaku hampir pasti akan kekal di Everton.

Dia turut menerima tawaran daripada Chelsea namun akhirnya memilih untuk menyertai Jose Mourinho di Manchester United. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast