Home Dunia Sekatan baru untuk Iran

Sekatan baru untuk Iran

WASHINGTON – Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat menjangka Presiden Donald Trump akan mengenakan sekatan baru ke atas Iran.

Trump sepatutnya memutuskan sama ada untuk mengenepikan sekatan utama lain terhadap Iran yang ditarik balik di bawah Perjanjian Nuklear 2015 pada hari Jumaat.

Terdahulu, kuasa-kuasa Eropah mendesak Trump untuk melaksanakan perjanjian itu demi keselamatan antarabangsa.

Sebelum itu, Trump telah mengkritik apabila perjanjian terhadap sekatan ditarik balik apabila Iran bersetuju untuk menghadkan pengeluaran bahan api nuklearnya.

Steve Mnuchin menjangkakan sekatan ke atas Iran yang akan diumumkan itu mensasarkan individu dan perniagaan.

“Kami masih memantau Iran. Kami fikir anda boleh mengharapkan lebih banyak sekatan akan datang,” katanya.

Pada bulan Oktober lalu, Trump enggan mengesahkan kepada Kongres sama ada Iran mematuhi perjanjian itu, sebaliknya menyatakan Tehran “tidak memenuhi semangat” perjanjian itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast