Mohamed Azmin Ali

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali secara terang terangan mempelawa Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding di kerusi Gombak pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) kelak.

Perkara itu dizahirkan Azmin menerusi Twitternya sebentar tadi.

“Saya bersedia memberi laluan kepada Tun @chedetofficial di Parlimen Gombak sekiranya dipersetujui oleh PKR,” katanya.

Dengan pelawaan itu, bermakna desas desus mengatakan Azmin tidak akan mempertahankan kerusi Gombak mungkin bakal menjadi kenyataan.

Sebelum ini, Azmin dikatakan akan berpindah ke Parlimen Ampang menggantikan penyandangnya Zuraida Kamaruddin di kerusi terbabit.

Namun Menteri Besar Selangor itu kemudiannya menafikan malah berkata sedang mengintai kerusi Parlimen Pekan pada PRU-14 kelak.

“Saya dah sebut hari tu, saya tak minat dengan (kerusi) Ampang. “Kalau perlu saya beralih, saya minat dengan Pekan,” katanya pada Julai tahun lalu.

Dr. Mahathir sebelum ini memberi bayangan tiga kerusi berkenaan yang berpotensi untuk ditandingi pada PRU-14 akan datang.

Antara kerusi yang diintai bekas perdana menteri itu adalah Putrajaya, Kubang Pasu atau Putrajaya. -MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Comments are closed.