TRABZON – Sebuah pesawat yang penuh dengan penumpang hampir memasuki Laut Hitam selepas tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Trabzon pagi ini.
Bagaimanapun, pesawat Pegasus Airlines dan 162 orang penumpangnya bernasib baik selepas ia terpelosok di dalam lumpur.
Pesawat Boeing 737-800 itu berlepas dari Ankara sebelum kejadian.
Kesemua penumpang dan anak kapal selamat dalam kejadian itu.
Siasatan sedang dijalankan menyebabkan lapangan itu terpaksa ditutup semalaman. – MalaysiaGazette