MANCHESTER – Paul Pogba meluahkan keyakinan tinggi perebutan saingan Liga Perdana Inggeris masih lagi terbuka pada musim ini.
Pemain tengah itu berkata, Manchester United akan terus mengejar Manchester City walaupun peluang tipis apabila ketinggalan 12 mata ketika ini.
“Jelas sekali anda melihat Manchester City berada di hadapan kami dan mereka kalah dalam perlawanan pertama mereka,” kata Pogba selepas perlawanan menentang Stoke City awal pagi selepas menang 3-0kepada Sky Sports.
Pemain antarabangsa Perancis itu berkata, dia dan rakan sepasukan akan sentiasa mengejar jiran mereka dan sesuatu yang baik apabila City mula kalah.
“Tetapi kita perlu memikirkan diri kita sendiri dan berfikir tentang kemenangan kerana kita telah kehilangan banyak mata.
“Kami tidak perlu memandang ke belakang tapi kami sedang mencari permainan seterusnya. Kami hanya mahu merapati City dan memenangi mata yang kami buang sebelum ini.
“Kita perlu memberi tumpuan kepada diri sendiri, terus menang dan saya fikir kami boleh melakukannya,” katanya. – MalaysiaGazette