SINGAPURA- Syarikat-syarikat Malaysia yang mempunyai pelaburan atau kerjasama dengan rakan sejawat China telah mula menyaksikan peningkatan pulangan.
Menurut Pakar Strategi Citi, Patrick Yau, ini dapat dilihat melalui prestasi saham-saham seperti Malaysia Airports Holdings Bhd., DRB-Hicom dan IJM Corp.
Peningkatan pulangan dalam syarikat usahasama itu sangat tepat pada masanya apabila Malaysia sedang mencari lebih banyak pelaburan langsung asing dan sejajar dengan perubahan eksport daripada model yang yang dipacu oleh penggunaan.
“Pelabur-pelabur ekuiti mencari syarikat usahasama China-Malaysia dengan operasi sama ada di salah sebuah negara atau kedua-duanya terutama dalam bidang hospitaliti, logistik, telekomunikasi dan kewangan perniagaan.
“Syarikat-syarikat yang mendapat jualan kebanyakannya dari China adalah Sime Darby, Chemicals Group, VS Industry, Mega First Corp.,” kata Citi.- MalaysiaGazette