ibu bapa 13 beradik, David Turpin dan Louise Turpin. foto Agensi

CALIFORNIA –  Tiga belas beradik yang diselamatkan oleh polis selepas dikurung dan dirantai oleh ibu bapa sendiri disahkan adalah mangsa-mangsa yang diseksa.

Pejabat polis Riverside County berkata, ibu mereka Louise Turpin kelihatan bingung ketika polis menyelamatkan adik-beradik itu yang berumur dua hingga 29 tahun.

Penyiasat berkata, adik-beradik itu mendakwa tidak berhubungan dengan ibu dan bapa, David Turpin.

Adik-beradik ini diselamatkan polis selepas salah seorang daripada mereka yang berusia 17 tahun melarikan diri dari rumah di Perris lalu menghubungi polis.

Remaja perempuan yang menghubungi polis itu sungguh kurus, seolah-olah berusia 10 tahun.

Mereka dikurung di sebuah kediaman di pinggir bandar, sejauh 59 batu di tenggara Los Angeles.

“Tiga adik-beradik itu dirantai ketika polis tiba. Tempat kediaman mereka sangat teruk, kotor dan anak-anak itu mengalami kekurangan zat,” kata Kapten Gregg Fellows.

Kedua ibu bapanya didakwa menyeksa dan membahayakan anak-anak mereka.

Siasatan awal mendapati tidak ada kesan penganiayaan seksual atau mental dalam adik-beradik itu.

Suami isteri itu menetap di kediaman tersebut pada tahun 2014 dan anak-anak mereka bersekolah di rumah sahaja.

Kesemua adik-beradik itu dirawat di hospital. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast