KUALA LUMPUR – Pengacara Roslan Shah menyangkal dakwaan kononnya dia membuat laporan polis disebabkan pelakon dan penyanyi, Ifa Raziah telah mengupah seorang pembunuh upahan untuk membunuhnya.

Pengacara berasal dari Singapura itu menjelaskan, laporan polis yang dibuat hanya bertujuan untuk menjaga keselamatannya.

“Laporan polis itu dibuat untuk menjaga keselamatan diri. Dalam laporan itu juga tidak menyatakan mengenai tindakan individu terbabit untuk membunuh saya. Itu tidak betul.

“Pihak polis menasihatkan agar kes ini diserahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa serta tidak mengganggu kerja mereka. Itu saja yang boleh saya katakan,” katanya dalam laman sosial Instagram miliknya.

Foto Instagram Roslan Shah.

Kelmarin, Ifa telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul setelah menerima panggilan daripada pihak berkuasa yang memintanya untuk datang selepas Roslan Shah membuat laporan polis di Johor dan menuduhnya mengupah seorang pembunuh.

Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha, 43, berkata, tuduhan yang dikeluarkan oleh Roslan, 46, dianggap sangat melampau kerana ia dilihat sebagai mencemarkan reputasi juga nama baik serta menjejaskan kerjayanya sebagai seorang anak seni. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast