Foto Instagram Ezza.

KUALA LUMPUR – Tunang kepada pelakon Remy Ishak iaitu Ezza Yusof tampil menjelaskan status dirinya yang belum pernah berkahwin dan tidak memiliki anak seperti yang tersebar di internet.

Ezza atau nama sebenarnya Roszaliza Yusof berkata, kanak-kanak lelaki dalam foto yang tersebar di sebuah blog hiburan adalah anak saudaranya.

“Di sini saya ingin memperbetulkan beberapa perkara tentang diri saya, saya tidak pernah berkahwin dan kanak-kanak lelaki itu bukan anak saya. Dia anak saudara saya,” tulisnya di laman sosial Instagram miliknya.

Sementara itu, Ezza meminta pihak berkenaan untuk membetulkan fakta tersebut sebelum timbul sebarang fitnah.

“Saya harap mana-mana pihak berkenaan dapat betulkan kenyataan berikut sebelum ianya tersebar menjadi fitnah,” tulisnya.

Remy mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan itu pada Mei tahun lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast