KUALA LUMPUR – Anak kedua pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang yang dilahirkan di Zoo Negara baru-baru ini disahkan betina.
Berat anak panda yang dilahirkan pada 14 Januari lalu itu naik kepada seberat 190 gram berbanding 150 gram ketika dilahirkan, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
“Anak panda itu sihat dan dijaga oleh ibunya,” kata Wan Junaidi dalam satu kenyataan di sini.
Kelahiran kedua itu anak pasangan panda itu selepas Liang-Liang, panda gergasi betina melahirkan Nuan-Nuan pada 18 Ogos 2015.
Bagaomanapun, Nuan-Nuan telah dihantar pulang pada November tahun lalu, sebagai syarat perjanjian yang dibuat antara Kerajaan China dan Malaysia.
Malaysia menerima pasangan panda gergasi itu pada 21 Mei 2014 bagi meraikan ulang tahun diplomatik kedua-dua negara yang ke-40. – MalaysiaGazette
Comments are closed.