KUALA LUMPUR – Bukan Sajat sahaja bahkan ada lagi individu yang berpenampilan seperti pengasas produk kosmetik itu dalam negara ini, tegas Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah.
Justeru beliau menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyiasat semua individu yang berperwatakan perempuan dan mengambil tindakan segera bagi mengelakkan keraguan terhadap institusi agama itu dalam kalangan rakyat.
“Kenapa Sajat sahaja nak disoal siasat, nak ditahu jantina dia? Orang semua tahu dia bukan perempuan hanya perwatakannya sahaja perempuan.
“Kita tidak mahu Jakim berdolak-dalih itu ini itu ini dan jangan buat rakyat khususnya penganut agama Islam sentiasa tidak yakin dengan Jakim,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Jakim hari ini berkata pengesahan jantina Sajat perlu disahkan oleh sekumpulan panel Pakar Kajian Syariah dan pengesahanan itu akan mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan.
Abdul Rani pada masa sama menegaskan, Jakim sebagai penguasa agama peringkat pusat sepatutnya tidak menuding jari kepada majlis agama Islam setiap negeri untuk menangkap mana-mana individu yang berperwatakan bertentangan daripada jantinanya.
“Kalau Pengarah Jakim merasakan Jakim tidak mempunyai kuasa tertentu, sebagai urus setia sahaja. Hei Jakim, ayah nak beritahu, Jakim ada mempunyai kuasa agama. Agama ini ada dalam al-Quran.
“Buat apa Jakim sebagai peringkat pusat sepatutnya Jakim yang keluargkan arahan, siasat, tangkap tahan!,” tambahnya.
Akhir sekali Rani mengingatkan Jakim agar bersikap telus dalam hal melibatkan jantina individu ini.
Masyarakat diingatkan juga agar tidak mempercayai apa juga usaha Sajat untuk menampilkan dirinya sebagai perempuan kerana Rani menyifatkannya sebagai gimik untuk melariskan produk yang dijualnya.
“Jangan percaya dia nak kahwin itu ini. Dia hanya nak melariskan produknya sahaja,” ujarnya. – MalaysiaGazette
sampai sebulan nak mengesahkan . kenapa lama sangat. dia pakai seluar berkunci ke . aku bolih sah dalam masa 5 minit je kalau dia bagi. ayah Kulup tak nak cuba try ke yang ni. mana tau dah potong yang lebih dah buat lubang baru . dah jadi orang baru lah .