Home Dunia 3 maut, 18 cedera dalam serangan di Yala

3 maut, 18 cedera dalam serangan di Yala

Keadaan pasar pagi di Yala selepas dibom. foto Agensi

BANGKOK – Sebuah motosikal mencetuskan letupan di pasar Yala, mengorbankan tiga orang dan 18 lagi cedera, kata Pihak Keselamatan Opeasi Dalaman (ISOC).

“Penjenayah meletakan bom dalam motosikal dan menempatkannya dekat dengan troli. Letupan itu mengakibatkan tiga orang terbunuh,” kata jurucakap ISOC Pramote Prom-in.

Setakat ini tidak ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab dengan serangan yang berlaku di jalan pasar pagi.

Wilayah itu telah mengalami ratusan serangan sejak tahun 2004, kebanyakan mangsa meninggal dunia tetapi keganasan semakin kurang sejak kebelakangan ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast