Foto mirror.uk.com

LONDON – Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menyindir Alexis Sanchez yang akan berpindah ke Manchester United dalam beberapa jam lagi kerana mata duitan.

Pengendali The Gunners itu berpendapat, pemain berusia 29 tahun itu memilih Old Trafford untuk meneruskan kelangsungan kerjayanya demi wang semata-mata.

Malah kata Wenger, Manchester City juga tidak berminat melayan permintaan gaji Sanchez yang terlalu tinggi.

Sanchez akan meninggalkan Arsenal selepas memperoleh kontrak bernilai £400,000 seminggu untuk tempoh perjanjian empat setengah tahun.

Perjanjian yang ditandatangani ini meletakkan Sanchez sebagai pemain yang menerima bayaran tertinggi di Liga Perdana Inggeris.

“Sebagai pengurus profesional, saya dapat menerima perpindahan ini dan rela melepaskannya. Selepas ini, kami akan menilai kebaikan dan keburukan perpindahannya.

“Kami telah melakukan apa yang terbaik malahan Manchester City juga menarik diri,” katanya.

Wenger berharap, perpindahan Sanchez itu diharap dapat membentuk pasukan yang lebih kukuh menjelang aksi yang memasuki pertengahan musim .

Arsenal kini akan melengkapkan perjanjian dengan Henrik Mkhitaryan dari Manchester United, selain mendapatkan khidmat Pierre-Emerick Aubameyang dari Borussia Dortmund.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast