KUALA LUMPUR – Wonder Glow Cosmetics Sdn. Bhd., menyasarkan jualan sebanyak 40,000 unit produk kecantikan jenama Serum StemCell DMS360 dalam tempoh suku pertama tahun ini.
Pengasasnya Datuk Ryzal Jamaludin berkata, keyakinan itu berdasarkan sambutan luar biasa produk itu pada tahun lalu yang menjadi pilihan popular pengguna berikutan dapat memberi kesan maksimum kepada kulit wajah.
Beliau menjelaskan, Serum StemCell DMS360 merupakan satu-satunya produknya yang dapat mengatasi pelbagai masalah antaranya jeragat, kulit kusam, tona tidak sekata, parut lama dan anti- penuaan.
“Kini masalah kulit bukan lagi penghalang kerana pengguna hanya perlu memakainya di kulit wajah secara konsisten bagi hasil yang menggembirakan.
“Kebaikan Serum StemCell DMS360 juga pelbagai kerana turut dapat menganjalkan kulit, mengurangkan kedutan pada wajah, meneutralkan dan merawat kulit rosak disebabkan oleh pemakaian kosmetik yang mengandungi kimia.
“Selain itu, ia juga dapat membantu menyihatkan kulit untuk kompleks wajah lima kali lebih awet muda, membantu mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari, mengurangkan lingkaran hitam di bawah mata dan menjadikan kulit wajah lebih lembut, halus dan berseri,” katanya kepada MalaysiaGazette, baru-baru ini.
Sementara, Ryzal menambah, pihaknya akan menjalankan kempen promosi secara agresif di media sosial dan pengiklanan di suratkhabar popular dalam meningkatkan penjenamaan produk selain mahu memberi keyakinan tinggi kepada masyarakat.
Ini kerana katanya, Serum StemCell DMS360 pernah berdepan dengan isu produk tiruan dan menerusi pek baharu, pelekat hologram telah diperkenalkan sebagai bukti keaslian.
“Kami tidak pernah berkompromi dengan isu produk tiruan dalam menjaga kepentingan penggunaan yang sentiasa menjadi keutamaan.
“Jadi kami telah melantik stokis utama yang sah bagi memastikan pengguna tidak ragu-ragu mendapatkannya di pasaran,” katanya.
Serum StemCell DMS360 memiliki 10 botol di dalamnya di mana satu botol boleh digunakan antara satu minggu hingga dua minggu bergantung kepada cara penggunaan.
Ia merupakan produk yang menjimatkan kerana penggunaannya adalah sehingga tingga ke empat empat bulan.
Harga promosi untuk tiga kotak Serum StemCell DMS360 ketika ini adalah RM150.
Orang ramai yang ingin mendapatkan Serum Stemcell boleh menghubungi talian 013-6310018 atau layari Facebook Rizi Biz Shop Hq Bangi.- MalaysiaGazette