KUALA LUMPUR – Satu laluan kontra akan dibuka di KM36.5 hingga KM35.5 di antara Persimpangan Bertingkat KLIA – Nilai Utara, di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) mulai Khamis ini.
Laluan itu dibuka bermula 10 malam sehingga 5 pagi.
PLUS dalam kenyataan berkata, pembukaan laluan itu membolehkan kerja-kerja pemasangan struktur papan tanda gantri dilaksanakan di satu persimpangan bertingkat baharu di lebuh raya terbabit.
Sehubungan itu, PLUS menasihatkan semua pemandu yang menggunakan laluan tersebut supaya merancang perjalanan, mematuhi semua papantanda serta arahan yang diberikan. – MalaysiaGazette