MANCHESTER – Manchester City kini boleh menarik nafas lega selepas menyambung kontrak Kevin De Bruyne selama lima tahun setengah.
Daily Mail melaporkan, pemain antarabangsa Belgium itu menerima menerima bayaran sebanyak £280,000 (RM1.5 juta) seminggu sekaligus menyaksikan pemain itu bakal mendapat bonus tambahan sebanyak £70,000 (RM385,192).
City bertindak pantas menyempurnakan perjanjian kontrak De Bruyne sehingga 2023 selepas muncul khabar angin tentang minat dari Real Madrid dan Barcelona.
“Keputusan yang mudah untuk berada lama di sini dan mungkin prestasi terbaik yang saya pamerkan pada perlawanan-perlawanan besar adalah sesuatu yang bagus,” kata De Bruyne.
De Bruyne yang berpindah ke Manchester bersama isterinya, Michele dan anak lelaki mereka,Mason sebelum ini pernah beraksi dengan Chelsea. – MalaysiaGazette